Thursday, May 19, 2011
Kembalilah sahabatku.. :(
Sunday, May 15, 2011
Itinerary Unikop-Melaka-Umah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog kali ini adalah laporan penuh dari blog yang sebelum ini. Blog sebelum ini aku ada menyatakan sedikit preview tentang apa yang aku ingin kongsikan entry kali ini.
Seperti yang anda semua ketahui , baru-baru ini aku baru sahaja menyertai suatu pertandingan anjuran Universiti institut Teknologi Mara (UiTM) iaitu Sukan Antara Kolej Bersekutu UiTM (SUKOB). Acara ini berlangsung selama 4 hari. SUKOB akli ini diadakan di UiTM cawangan Melaka di Lendu, Alor Gajah. Sebanyak 17 buah kolej yang mengambil bahagian kali ini. Antaranya IKIP, KPTM KL, KPTM Bangi, INSTEDT, UCSA dan bnyak lagi. Untuk musim kali ini saingan amat sukar kerna hampir semua menunjukkan kebolehan masing-masing.
Baiklah, sekarang ini kita meniti perjalanan latihan aku sebelum sampai ke Melaka dan pencapaian yang aku perolehi dipengakhirannya. Pada awalnya, aku tidak terlintas pun diruang pemikiran aku untuk mewakili SUKOB dalam bola tampar kerana aku pemilihan bola sepak. Akan tetapi ilmu didada masih kurang jadi aku tidak terpilih. Kecewa menyelubungi diri. Dari saat itu, aku tidak bermain lagi bola sepak dipadang itu. Jadi aku menukar kepada bermain bola tampar. Pada mulanya aku bermain untuk bersahaja-sahaja. Hinggalah seorang kawan aku membuat pukulan spike ke aku dan aku berjaya menyambutnya dengan baik dan sekali gus mengaktifkan kepakaran aku sebagai libero sewaktu zaman persekolah dahulu. Bermula dari detik itu, aku turun setiap petang untuk menjalani latihan sehinggalah masa untuk pemilihan dan sekali lagi aku tidak berjaya menarik minat mereka.
Kadang-kadang itu aku tertanya-tanya apa yang yang tiada pada diriku? Di mana keadilan dalam dunia ini untuk aku menonjolkan kebolehan aku? Sejak dari itu aku hanya turun padang bila aku sudah bosan duduk dalam bilik. Tiba-tiba kejutan datang kepada aku, pada saat itu aku menyangkakan tuhan mendengat doa aku. Alhamdulillah. Seorang budak bola tampar yang juga budak bilik datang kepada aku dan bertanya kepada aku, “adakah kau berminat untuk menjadi ahli kumpulan kami” tanya kawan aku. Betapa girangnya aku mendengar soalan yang keluar mulutnya itu, hanya tuhan sahajalah tahu bertapa gembiranya aku masa itu lalu aku menjawab, “ok. Bilakah aku boleh start training?”. Jawab kawan aku itu, “malam ini turun tahu, pukul 8.30. paham ?”. Terima Kasih Hafizuddin atau lebih dikenali dengan panggilan misai.
Tapi malangnya, pelawaannya datang apabila peperiksaan akhir hampir tiba. Jadi aku cuma turun pada hari pertama sahaja kerna keesokan harinya kertas sudah bermula. Hampir 2 minggu jugalah aku tidak turun untuk menjalani latihan. Tamat sahaja peperiksaan, kami berehat untuk 2 hari dan latihan untuk bola tampar bermula. Latihan aku bermula seawal jam 8 pada sebelah pagi dan 8.30 pada malam hari. Tiap-tiap hari hingga hari pertandingan langsung. Latihan untuk aku berbeza dengan pemain lain kerana permain yang memainkan watak libero ini mempunyai kerja yang istimewa. Disini aku cerita sedikit tentang posisi aku sebagai libero. Libero hanya boleh bermaihn dibahagian belakang sahaja. Dia mengawal semua sudut dibahagian belakang dan tugas paling penting dan utama ialah menyambut bola spike. Oleh kerana itu aku dilatih lebih sakit sedikit daripada mereka yang lain. Sudah banyak bola yang aku ‘cium’, bola yang ‘menyinggah’ di kepala aku dan banyak lagilah. Pada mulanya memang sakit dan rasa ingin menarik diri sahaja akan tetapi cintakan permainan ini aku teruskan.
Latihan diteruskan sehingga sehari sebelum kami bertolak ke Melaka kami berehat untuk menghilangkan penat. Sungai di Ulu Yam menjadi tempat kami menhilangkan penat kami. Untuk aku pula memang saat yang aku nantikan kerna hampir 2 tahun aku tidak sentuh sungai. Kami bertolak ketika matahari berada diatas kepala. Ketika berada disana, kesemua ahli kumpulan menikmati sir sungai yang sejuk, suasananya yang nyaman dan memang tenanglah disana. Macam-macam aksi kelakar yang kami buat disana. Aku gembira.
Tibalah masa untuk kami, kontijen UNIKOP bertolak. Kami bertolak pada pukul 9.15 pagi dan sampai di Lendu pada pukul 11.45. Kami menggunakan 2 buah bas yang membawa pasukan bola sepak, sepak takraw, bola jaring, badminton dan bola tampar lelaki serta perempuan. Kami bertolak dengan dengan semangat ingin menjuarai kesemua permainan dan menjulang nama UNIKOP. Walaupun kami tidak mempunyai kemudahan untuk membuat latihan, tiada jurulatih akan tetapi kami tetap teruskan.
maaf sampai disini dahulu.. teruskan menanti kerne lebih banyak cerita dan gambar-gambar yang akan dimuat naik. terima kasih.