Friday, June 14, 2013

Berlendir dah blog ini..

Tu dia haihh.. Bukan main lama chek tak buka blog ni.. ada makan masa hampir 2 tahun kot.. kalau orang lain kata da berabuk, aku punya lain sikit.. sudah berlendir dan berlumut macam kapal karam. jenis yang warna hijau campur hitam-hitam sikit itu.

maaflah kalau ada yang menunggu atau pon tak ada langsung sebenarnya kn.. hahahha. Inshaallah aku akan cuba kembali segarkn semula blog ini..

sekian, terima kasih.

Monday, September 12, 2011

MIKOZ...!

SELAMAT KEMBALI WAHAI NOTEBOOK YANG TERCINTA..
MIKOZ

I MISS YOU DAMN MUCH.. !!

Sunday, August 21, 2011

Shoopinkk Raya..!

Assalamualaikum.


Hari ini hari ahad. semalam sabtu. akhirnya insan ini terpaksa keluar juga merasa kekecohan, kebingitan, keseronokkan, kemeriahan dan keceriaan mereka-mereka yang sedang menyiapakan diri untuk Hari Raya yang bakal tiba. jikalau tidak salah kita hanya tinggal 9 hari sebelum Ramadhan pergi dan tibanya Syawal. entry kali ini aku akan bercerita fasal keluar bersama kekasih hati dan kawan membeli persiapan raya.

Cerita bermula apabila BOB berhasrat untuk membeli baju raya di Times Square (TS). pada hari ini aku sudah merancang dengan fiena untuk keluar menemaninya pergi membeli kasut. kebetulan pula sekali dengan BOB. jadi, kami keluar pada sebelah petang. aku dengan BOB naik bas sampai ke Chow Kit dan menunggu fiena. dan dia sampai. kemudian dari Chow Kit kami menaiki Monorail terus sampai ke TS. sejurus sampai kami terus dengan agenda kami. dimulakan dengan fiena untuk mencari kasutnya dahulu.

Hampir sejam dan berpuluh kedai juga yang dikunjungi akan tetapi masih tiada yang berkenan dengan hatinya. dan akhirnya dia berjaya membuat keputusan didalam suatu kedai ini. kasut yang dipilihnya adalah daripada cadangan aku. ("saya kenal sayang saya", Fynn Jamal: 150 juta). aku memilihkan untuk wedges dia. warna hitam. yang kelakarnya ialah 3 kali dia menukar saiz kasutnya. mula-mula 37.. kemudian 38.. tidak kena.. 39.. hmm.. dan akhirnya 40. alhamdulillah muat dan selesa. cantik aku melihat dia mengayakannya dihadapan aku. ingin aku lampirkan sekali gambar ketika dia sibuk mencuba kasut tersebut dia tidak membenarkannya. tidak mengapa. gambar dibawah ketika kami di kedai tersebut.

ini semasa didalam kedai itu .. letih aku.. :)

Kita teruskan cerita pengembaraan bersama BOB pula. selesai sahaja fiena membeli kasutnya, kami terus mencari kedai yang ingin ditujui oleh BOB. BOB kata terdapat satu gudang didalam TS itu yang menawarkan baju-baju yang berbranded dengan harga yang amat murah. akan tetapi tiada ditemui. BOB dengan fiena lebih kurang sahaja, banyak juga kedai yang kami terokai akan tetapi masih tidak menepati citarasanya (memilih juga ko nie bob..!). akhirnya kami berjaya menemuai gudang yang disebut-sebut oleh BOB itu. untuk sesiapa ingin pergi, ianya terletak di tingkat 2 sebelah kedai S&J. setelah hampir 2 jam pencarian akhirnya 4 helai baju dan sehelai seluar berjaya dimiliki oleh BOB pada hari itu. paling yang aku cemburu ialah BOB membeli sehelai jersi yang yang aku minat. ERRRGGHH...!!
Kusyuk sungguh BOB memilih baju..

ALAMAK! tinggal lagi 20 minit hendak berbuka. kami terus keluar menuju sebuah restoran di luar TS. restorannya tidaklah semegah mana akan tetapi keberkatan penuh didalam restoran itu. ianya kerana pemilik restoran itu ialah ahli ulama dan mereka yang bekerja didalamnya menutup aurat yang sepenuhnya. walau pun pekerja mengenakan baju dan tudung yang labuh, mereka masih cekap dan pantas melayan tetamu. Fiena memesan Kuey Teow Goreng Basah+Telur Goreng Separuh Masak, aku pula Nasi Goreng Cina dan BOB pula makan nasi berlauk. restorannya betul-betul terletak di sebelah TS. berikut ialah gambar menu-menu kami..

nampak menyelerakn x?

sedap la jugak..

Kafeteria Ikhwan..

Alhamdulillah, kenyang juga. kami tidak tunggu lama disana. selesai sahaja kami terus gerak kembali ke TS. ini kerana BOB masih ingin membeli belah. jadi kami ikut sahaja. Selama 6 jam kami didalam TS itu, 5 orang rakan kelas aku temui, 4 orang rakan kolej dan 1 orang budak bilik. hahaahaha. kecil sungguh dunia. jam sudah pukul 9.30, kami terpaksa keluar dahulu kerana ingin menghantar fiena pulang sekali gus dengan aku dan BOB. aku hantar fiena ke stesen LRT Hang Tuah dan aku pula menaiki Monorail ke Chow Kit.

Alhamdulillah shafiena sampai ke rumah dengan selamat begitu juga aku dan BOB. sumpah hari ini aku kepenatan. walaupun aku penat tapi aku gembira melihat orang disekeliling aku gembira. seronok lihat kerenah memelih kasutnya, kelakar lihat BOB memilih baju rayanya.

Akan tetapi sesuatu yang tidak diduga berlaku sejurus aku sampai ke hostel. seperti biasa sampai sahaja di atas katil, Leppy adalah benda pertama yang mesti di jengok dahulu. kemudian ketika ingin memuat naik sesuatu mengunakan pendrive. . . . . . . . ianya HILANG! O.M.G. YA AMPUN. Owwhh MAN.. YA ALLAH. sumpah hati aku ketika itu luruh sepenuhnya. aku cukup sayang dengan pendrive itu. ianya sebab aku menjaganya dari Form 4 lagi. sudah bermacam-macam keadaan sudah kami lalui bersama termasuklah 'memandikannya' di dalam mesin basuh sebanyak 2 kali. Arwah kuat orangnya. dia masih mampu berkhidmat untuk aku walau pun sudah tua. hhhmmm... pergilah KERIS... pergilah.. aku redha dengan pemergian kamu. walaupun sedih dihatiku ini teramat sangat. Arwah baik orangnya..

Keris kekuatan hidup IT aku.. :'(
i miss u a a lot


Itu sahajalah cerita kali ini. Mula hari senyum, gelak dan tawa.. akhir hari sedih dan menangis. penuh dengan warna-warni hari ini. sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih semua.

Naim Muhammad

Friday, August 19, 2011

raya lagi.. hmm :(

Assalamualaikum pembaca setia aku. bagaimana puasa anda?? penuh? kalau penuh, alhamdulillah dan pada siapa yang tiadk penuh mungkin ada sebab yang tidak dapat di elakkan. pastikan kamu ganti balik tahun depan yew..? baiklah berbalik kepada tajuk asal kita pada entry kali ini iaitu "raya lagi hmm... :( ."

Masuk hari ini sudah 19 hari umat islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. tahun ini aku diberitahu yang kita cuma berpuasa 29 hari sahaja. oleh itu tinggal 10 hari sahaja umat islam perlu bertunggus lumus untuk keberkatan didalam bulan yang istimewa ini. selepas itu syawal akan tiba. hmm.. syawal tiba. bila syawal tiba maka rayalah kita semua. tapi pada diri aku, aku sudah tiada semangat raya yang sepatut akulah individu yang paling tidak tentu arah mencari persiapan raya.

Semangat untuk beraya yang sudah tiada lagi dalam diri aku ini membuka mata aku melihat orang sekeliling yang pulun mencari sesuatu yang tidak memuaskan nafsi diri. aku ingat lagi, pada sehari sebelum berpuasa aku pergi ke sebuah kompleks ini, sebuah kompleks yang ternama di Kuala Lumpur. Kompleks yang penuh dengan barangan IT. kita puasa pun belum lagi akan tetapi sudah terbentang banner "selamat hari raya" pada muka komplek itu. mungkin kali semua berfikir yang banner itu mungkin tahun lepas punyer bukan?? semasa aku ke sana mereka baru siap selesai proses pemasangan banner itu.

Kemudian, pada minggu pertama puasa aku pulang ke rumah. untuk puasa kali baru 2 kali sahaja aku berbuka bersama dengan keluarga tercinta aku. lepaslah juga rindu ini pada suasana berbuka dan bersahur bersama mereka. hari Ahad pada minggu pertama puasa aku pergi ke kompleks membeli belah di kawasan perumahan aku, Jasko (bukan nama sebenar). aku pergi untuk mencari sedikit barang keperluan diri untuk bawa pulang ke hostel nanti. ketika disana aku dapati tempat itu penuh. aku kehairanan. apa yang terjadi ini? ada konsertkah? rupa-rupanya mereka-mereka ini sedang melangsaikan kemahuan diri dan keluarga.

Kenapa perasaan aku tidak bersama dengan mereka? aku juga berpuasa. aku juga menjalani semua ibadah didalam bulan ramadhan. akan kenapa aku tiada rasa seperti mereka-mereka ini? entahlah kenapa dengan diri ini. kadang-kadang sedih, kadang-kadang bersyukur kerana diberi satu sifat tidak membazir. tapi ke inginan aku juga mahu merasa semua yang baru ini akan tetapi ada yang menghalang dari mendapat semua ini. bukan kerana duit kerana ibu aku telah bertanya untuk beli apa-apa tidak untuk raya ini. aku menjawabkan tidak.

walau bagaimanapun, aku tidak menyatakan yang mereka yang membeli-belah pada awal ramadhan adalah salah mahu pun terlalu tergesa-gesa. ini kerana mungkin masa itu sahaja mereka mempunyai masa bersama dengan anak-anak, teman-teman dan ibu mereka. membuat persiapan raya awal juga satu langkah yang bagus kerana ini tidak membuat kita rasa tergesa-gesa mencari hari yang sesuai untuk keluar membeli barangan raya. cuma aku sahaja yang pelik sedikit.

Apa-apa pun aku masih tidak akan membeli apa-apa untuk raya ini. cukuplah dikurniakan NURUL SHAFIENA dan NurFatihatulHanni didalam diri ini. mereka merupakan pelengkap raya aku pada tahun ini.

Sekian sahajalah sampai disini. terima kasih me
luangkan masa yang mahal kamu semua membaca entry kali ini. terima kasih sekali lagi. :D




Friday, August 12, 2011

Malas!

Assalamualaikum pembaca!

semenjak dua menjak ini, aku merasakan suatu sifat didalam diri aku yang makin hari makin berkembang dan mekar. sifat yang selalunya menjadi kegemaran orang malaysia terutama orang melayu. sifat yang memakan diri sendiri. sifat tersebut ialah MALAS.

aku pun tidak pastilah sejak bila sifat ini menjadi terlalu berleluasa didalam diri aku. agak-agak kau orang apa eyhh sebabnya? semasa aku di semester 1 dan 2 tidaklah seteruk ini. aku tidak mahu jadi seperti semester lepas, pointer aku jatuh teruk sangat. akan tetapi dengan virus yang sedang menular ini, bagaimana aku hendak berubah..? satu persatu kelas aku ponteng tidak datang. walaubagaimana pun, aku masih terlepas dari mendapat 'surat cinta' daripada koordinator setiap subjek.

sifat ini menyebabkan semua kerja aku menjadi gunung. aku menangguhkan kerja-kerja. siap pun apabila tarikh hantarnya makin dekat. sebenarnya aku merasakan satu kekurangan didalam diri aku. aku lemah tanpa dia. sebelum ini aku berkerja, menyelesaikan masalah tugasan semua bersama dia. semasa di semester 1 dan 2, aku bekerja. aku sanggup tidak tidur asalkan kerja itu siap demi dia. dialah nadi kepada aku untuk kuat bekerja. NFHMA.. aku memerlukan kamu. TIADA SIAPA YANG BOLEH MENGGANTIKAN KAMU. aku senang bekerja dengan. kamulah P.A. aku yang paling gempak. kali ini aku tidak mempunyai kamu dalam kumpulan aku. aku rindu kamu.

tapi bukan kamu yang menjadikan sifat ini bermaharajalela didalam tubuh aku. wahai pembaca setia aku berdoalah kepada aku supaya aku menjadi lebih baik dan sekali gus melenyapkan sifat durjana ini. baiklah semua sampai disini sahaja entry kali ini. aku hendak hendak mandi dulu. tengok itu, hendak mandi pun malas.. sudah tengah-tengah malam baru hendk mandi.. huh.

sekian. terima kasih semua!

debat sesi ke 2!!

Assalamualaikum. ahlan wasahlan pembaca setia blog aku. Hehe. sekali lagi aku lambat updated blog aku. maaf. baiklah kali ini aku hanya buat short entry. entry kali ini aku hendak bercerita tetang debat yang dibuat petang tadi dalam subjek CTU bersama ustaz Haffiz. debat kali membincangkan tajuk cerita tahyul dan khurafat wajar dipertayangkan. seperti biasa terdapat
dua belah pihak yang akan membahas usul-usul mereka..

mereka ini adalah kerajaan.. asyik sungguh!


mereka ini pembangkang.. sedia untuk membantah!



hujah dari pembangkang.. ADUN Muar.. YB Haziq


kerajaan mempertahankan usul.. Adun Bukit Bintang.. eyh silap. ADUN Banting.. YB Yunise.



yang terakhir sekali ialah terbaru dari aku. aku sudah memotong rambut..

maaf pendek sangat entry kali ini.
sekian.
terimaqaseh semua.!

Monday, August 1, 2011

Pendek sAHAja.. :D

Hai semua! actually aku sedang berehat sebentar sebelum meneruskan kelas yang seterusnya. tadi baru sahaja habis kelas record dan sebentar lagi kelas superwrite. hari pertama puasa. bermacam-macam kerenah yang aku lihat pada pagi tadi. ada yang kelihatan biasa sahaja, ada yang seperti tidak pernah dan yang berubah pun ada. aku antara yang masih dalam terkejut yang puasa sudah datang. aku penat sangat sahingga tertidur didalam kelas record baru-baru tadi. tapi bukan aku seorang sahaja ada ramai lagi. antaranya siti muslimmah, yana, yunise rabieqa.

sampai disini sahaja dulu ya? nanti aku akan update lagi. sekian.

Assalamulaikum.