Friday, August 12, 2011

Malas!

Assalamualaikum pembaca!

semenjak dua menjak ini, aku merasakan suatu sifat didalam diri aku yang makin hari makin berkembang dan mekar. sifat yang selalunya menjadi kegemaran orang malaysia terutama orang melayu. sifat yang memakan diri sendiri. sifat tersebut ialah MALAS.

aku pun tidak pastilah sejak bila sifat ini menjadi terlalu berleluasa didalam diri aku. agak-agak kau orang apa eyhh sebabnya? semasa aku di semester 1 dan 2 tidaklah seteruk ini. aku tidak mahu jadi seperti semester lepas, pointer aku jatuh teruk sangat. akan tetapi dengan virus yang sedang menular ini, bagaimana aku hendak berubah..? satu persatu kelas aku ponteng tidak datang. walaubagaimana pun, aku masih terlepas dari mendapat 'surat cinta' daripada koordinator setiap subjek.

sifat ini menyebabkan semua kerja aku menjadi gunung. aku menangguhkan kerja-kerja. siap pun apabila tarikh hantarnya makin dekat. sebenarnya aku merasakan satu kekurangan didalam diri aku. aku lemah tanpa dia. sebelum ini aku berkerja, menyelesaikan masalah tugasan semua bersama dia. semasa di semester 1 dan 2, aku bekerja. aku sanggup tidak tidur asalkan kerja itu siap demi dia. dialah nadi kepada aku untuk kuat bekerja. NFHMA.. aku memerlukan kamu. TIADA SIAPA YANG BOLEH MENGGANTIKAN KAMU. aku senang bekerja dengan. kamulah P.A. aku yang paling gempak. kali ini aku tidak mempunyai kamu dalam kumpulan aku. aku rindu kamu.

tapi bukan kamu yang menjadikan sifat ini bermaharajalela didalam tubuh aku. wahai pembaca setia aku berdoalah kepada aku supaya aku menjadi lebih baik dan sekali gus melenyapkan sifat durjana ini. baiklah semua sampai disini sahaja entry kali ini. aku hendak hendak mandi dulu. tengok itu, hendak mandi pun malas.. sudah tengah-tengah malam baru hendk mandi.. huh.

sekian. terima kasih semua!

2 comments:

  1. ubah la sifat ku wahai kawan kuh!!
    aku nk tgur ko kt kelas tp tak daya...
    tp aku nk ko berubah

    ReplyDelete
  2. ntah laa kawanku.. sifat ini makin teruk laa.. jap2.. ubah la sifat 'ku' wahai kawan kuh..?? hahahahahhahaha,,,,

    hmm.. i'm trying. if my mind want me to do it.

    ReplyDelete