Assalamualaikum pembaca setia aku. bagaimana puasa anda?? penuh? kalau penuh, alhamdulillah dan pada siapa yang tiadk penuh mungkin ada sebab yang tidak dapat di elakkan. pastikan kamu ganti balik tahun depan yew..? baiklah berbalik kepada tajuk asal kita pada entry kali ini iaitu "raya lagi hmm... :( ."
Masuk hari ini sudah 19 hari umat islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. tahun ini aku diberitahu yang kita cuma berpuasa 29 hari sahaja. oleh itu tinggal 10 hari sahaja umat islam perlu bertunggus lumus untuk keberkatan didalam bulan yang istimewa ini. selepas itu syawal akan tiba. hmm.. syawal tiba. bila syawal tiba maka rayalah kita semua. tapi pada diri aku, aku sudah tiada semangat raya yang sepatut akulah individu yang paling tidak tentu arah mencari persiapan raya.
Semangat untuk beraya yang sudah tiada lagi dalam diri aku ini membuka mata aku melihat orang sekeliling yang pulun mencari sesuatu yang tidak memuaskan nafsi diri. aku ingat lagi, pada sehari sebelum berpuasa aku pergi ke sebuah kompleks ini, sebuah kompleks yang ternama di Kuala Lumpur. Kompleks yang penuh dengan barangan IT. kita puasa pun belum lagi akan tetapi sudah terbentang banner "selamat hari raya" pada muka komplek itu. mungkin kali semua berfikir yang banner itu mungkin tahun lepas punyer bukan?? semasa aku ke sana mereka baru siap selesai proses pemasangan banner itu.
Kemudian, pada minggu pertama puasa aku pulang ke rumah. untuk puasa kali baru 2 kali sahaja aku berbuka bersama dengan keluarga tercinta aku. lepaslah juga rindu ini pada suasana berbuka dan bersahur bersama mereka. hari Ahad pada minggu pertama puasa aku pergi ke kompleks membeli belah di kawasan perumahan aku, Jasko (bukan nama sebenar). aku pergi untuk mencari sedikit barang keperluan diri untuk bawa pulang ke hostel nanti. ketika disana aku dapati tempat itu penuh. aku kehairanan. apa yang terjadi ini? ada konsertkah? rupa-rupanya mereka-mereka ini sedang melangsaikan kemahuan diri dan keluarga.
Kenapa perasaan aku tidak bersama dengan mereka? aku juga berpuasa. aku juga menjalani semua ibadah didalam bulan ramadhan. akan kenapa aku tiada rasa seperti mereka-mereka ini? entahlah kenapa dengan diri ini. kadang-kadang sedih, kadang-kadang bersyukur kerana diberi satu sifat tidak membazir. tapi ke inginan aku juga mahu merasa semua yang baru ini akan tetapi ada yang menghalang dari mendapat semua ini. bukan kerana duit kerana ibu aku telah bertanya untuk beli apa-apa tidak untuk raya ini. aku menjawabkan tidak.
walau bagaimanapun, aku tidak menyatakan yang mereka yang membeli-belah pada awal ramadhan adalah salah mahu pun terlalu tergesa-gesa. ini kerana mungkin masa itu sahaja mereka mempunyai masa bersama dengan anak-anak, teman-teman dan ibu mereka. membuat persiapan raya awal juga satu langkah yang bagus kerana ini tidak membuat kita rasa tergesa-gesa mencari hari yang sesuai untuk keluar membeli barangan raya. cuma aku sahaja yang pelik sedikit.
Apa-apa pun aku masih tidak akan membeli apa-apa untuk raya ini. cukuplah dikurniakan NURUL SHAFIENA dan NurFatihatulHanni didalam diri ini. mereka merupakan pelengkap raya aku pada tahun ini.
Sekian sahajalah sampai disini. terima kasih me
luangkan masa yang mahal kamu semua membaca entry kali ini. terima kasih sekali lagi. :D

hamboi3.... jgn la feeling sgt cik abg oi..
ReplyDeletekalau kite tk dpt tgk keistimewaan raya pada zahir...
lihat la pd batin nya =)
i know.. but i can't get at all..
ReplyDeletepape pon.. ibu sy da siapkn baju melayu utk sy.. kaler biru tahun nie punye theme.. :D