Sunday, August 21, 2011

Shoopinkk Raya..!

Assalamualaikum.


Hari ini hari ahad. semalam sabtu. akhirnya insan ini terpaksa keluar juga merasa kekecohan, kebingitan, keseronokkan, kemeriahan dan keceriaan mereka-mereka yang sedang menyiapakan diri untuk Hari Raya yang bakal tiba. jikalau tidak salah kita hanya tinggal 9 hari sebelum Ramadhan pergi dan tibanya Syawal. entry kali ini aku akan bercerita fasal keluar bersama kekasih hati dan kawan membeli persiapan raya.

Cerita bermula apabila BOB berhasrat untuk membeli baju raya di Times Square (TS). pada hari ini aku sudah merancang dengan fiena untuk keluar menemaninya pergi membeli kasut. kebetulan pula sekali dengan BOB. jadi, kami keluar pada sebelah petang. aku dengan BOB naik bas sampai ke Chow Kit dan menunggu fiena. dan dia sampai. kemudian dari Chow Kit kami menaiki Monorail terus sampai ke TS. sejurus sampai kami terus dengan agenda kami. dimulakan dengan fiena untuk mencari kasutnya dahulu.

Hampir sejam dan berpuluh kedai juga yang dikunjungi akan tetapi masih tiada yang berkenan dengan hatinya. dan akhirnya dia berjaya membuat keputusan didalam suatu kedai ini. kasut yang dipilihnya adalah daripada cadangan aku. ("saya kenal sayang saya", Fynn Jamal: 150 juta). aku memilihkan untuk wedges dia. warna hitam. yang kelakarnya ialah 3 kali dia menukar saiz kasutnya. mula-mula 37.. kemudian 38.. tidak kena.. 39.. hmm.. dan akhirnya 40. alhamdulillah muat dan selesa. cantik aku melihat dia mengayakannya dihadapan aku. ingin aku lampirkan sekali gambar ketika dia sibuk mencuba kasut tersebut dia tidak membenarkannya. tidak mengapa. gambar dibawah ketika kami di kedai tersebut.

ini semasa didalam kedai itu .. letih aku.. :)

Kita teruskan cerita pengembaraan bersama BOB pula. selesai sahaja fiena membeli kasutnya, kami terus mencari kedai yang ingin ditujui oleh BOB. BOB kata terdapat satu gudang didalam TS itu yang menawarkan baju-baju yang berbranded dengan harga yang amat murah. akan tetapi tiada ditemui. BOB dengan fiena lebih kurang sahaja, banyak juga kedai yang kami terokai akan tetapi masih tidak menepati citarasanya (memilih juga ko nie bob..!). akhirnya kami berjaya menemuai gudang yang disebut-sebut oleh BOB itu. untuk sesiapa ingin pergi, ianya terletak di tingkat 2 sebelah kedai S&J. setelah hampir 2 jam pencarian akhirnya 4 helai baju dan sehelai seluar berjaya dimiliki oleh BOB pada hari itu. paling yang aku cemburu ialah BOB membeli sehelai jersi yang yang aku minat. ERRRGGHH...!!
Kusyuk sungguh BOB memilih baju..

ALAMAK! tinggal lagi 20 minit hendak berbuka. kami terus keluar menuju sebuah restoran di luar TS. restorannya tidaklah semegah mana akan tetapi keberkatan penuh didalam restoran itu. ianya kerana pemilik restoran itu ialah ahli ulama dan mereka yang bekerja didalamnya menutup aurat yang sepenuhnya. walau pun pekerja mengenakan baju dan tudung yang labuh, mereka masih cekap dan pantas melayan tetamu. Fiena memesan Kuey Teow Goreng Basah+Telur Goreng Separuh Masak, aku pula Nasi Goreng Cina dan BOB pula makan nasi berlauk. restorannya betul-betul terletak di sebelah TS. berikut ialah gambar menu-menu kami..

nampak menyelerakn x?

sedap la jugak..

Kafeteria Ikhwan..

Alhamdulillah, kenyang juga. kami tidak tunggu lama disana. selesai sahaja kami terus gerak kembali ke TS. ini kerana BOB masih ingin membeli belah. jadi kami ikut sahaja. Selama 6 jam kami didalam TS itu, 5 orang rakan kelas aku temui, 4 orang rakan kolej dan 1 orang budak bilik. hahaahaha. kecil sungguh dunia. jam sudah pukul 9.30, kami terpaksa keluar dahulu kerana ingin menghantar fiena pulang sekali gus dengan aku dan BOB. aku hantar fiena ke stesen LRT Hang Tuah dan aku pula menaiki Monorail ke Chow Kit.

Alhamdulillah shafiena sampai ke rumah dengan selamat begitu juga aku dan BOB. sumpah hari ini aku kepenatan. walaupun aku penat tapi aku gembira melihat orang disekeliling aku gembira. seronok lihat kerenah memelih kasutnya, kelakar lihat BOB memilih baju rayanya.

Akan tetapi sesuatu yang tidak diduga berlaku sejurus aku sampai ke hostel. seperti biasa sampai sahaja di atas katil, Leppy adalah benda pertama yang mesti di jengok dahulu. kemudian ketika ingin memuat naik sesuatu mengunakan pendrive. . . . . . . . ianya HILANG! O.M.G. YA AMPUN. Owwhh MAN.. YA ALLAH. sumpah hati aku ketika itu luruh sepenuhnya. aku cukup sayang dengan pendrive itu. ianya sebab aku menjaganya dari Form 4 lagi. sudah bermacam-macam keadaan sudah kami lalui bersama termasuklah 'memandikannya' di dalam mesin basuh sebanyak 2 kali. Arwah kuat orangnya. dia masih mampu berkhidmat untuk aku walau pun sudah tua. hhhmmm... pergilah KERIS... pergilah.. aku redha dengan pemergian kamu. walaupun sedih dihatiku ini teramat sangat. Arwah baik orangnya..

Keris kekuatan hidup IT aku.. :'(
i miss u a a lot


Itu sahajalah cerita kali ini. Mula hari senyum, gelak dan tawa.. akhir hari sedih dan menangis. penuh dengan warna-warni hari ini. sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih semua.

Naim Muhammad

5 comments:

  1. jap2...gmbr yg last nie...
    nk VOGUE je hahhahaa!!!

    ReplyDelete
  2. alaaa. pendrive keris tu dah ilang kee? huhu. tak best laaa.pasni mesti kena guna pendrive aku kan? hahaha!!

    ReplyDelete
  3. ieqa: mana ada vogue.. just mcm lelaki melayu terakhir je laa..

    mushi: a'ahh.. :( boley ke ko pinjamkn utk
    aq??

    ReplyDelete
  4. eii... jgan la ckp psal ksut x muat tu.. isshh!! ag pown ksut yg size ksut 40 tu bsar tahu..

    ReplyDelete
  5. syg: hmm.. masa tu tgk mcm muat2.. cntik je.. maaf laa. :(

    ReplyDelete