assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua. apa khabar semua? sihat atau tidak?? yang pasti disini aku sakit. sudah hampir 3 hari aku sakit. aku demam. yang paling tidak boleh aku lupakan pada hari kedua aku sakit, masa aku hendak mandi pada pukul 11 malam (memang salah aku pon mndi tgh malam) sakit sangat. sebab masa itu badan aku memang tengah panas akan tetapi aku rasa sejuk sangat. bila kena setitik air pun aku sudah mengigil dan sakit. hendak atau tidak aku terpaksa mandi juga. ini semua kerana nasihat umarul hafiz. dia berkata yang mandi dapat mengurangkan panas badan aku. ternyata tipu owhh. lagi bertambah sakit tahu tidak. pada malam itu aku mengenakan 3 helai baju dan 2 helai seluar dan tidur dalam selimut yang tebal. habis basah semua baju aku. syukur alhamdullilah, sekarang ini aku bertambah baik sikit. baiklah sekarang ini mari kita masuk kepada tajuk asal tadi.
BUDAK BARU. ada dua insan allah yang malang telah berjaya masuk Unikop dan hostel. nasib bukan bilik aku. mereka ialah FAZRUL dan HAFIZ. Fazrul berasal dari Shah Alam. dia ini jenis yang baik dan jujur. seorang budak bekas sekolah MRSM. kira budak pandailah juga. dia jaga tahu solat dia. paling yang ingat ialah dia pernah suruh aku kejut dia bangun subuh dan aku kejutkan dia pada keesokan subuh selepas itu "terima kasing abang" yang keluar dari mulut dia. sumpah hendak tergelak aku masa itu. memang dia seorang yang hormat orang lebih tua. aku suka dia.
beralih kepada budak yang kedua. yang bernama hafiz. pada mula aku dengar nama dia, aku tergelak. kerana masuk budak ini sudah ada 4H. H bermaksud orang yang mempunyai nama hafiz. yang 1. norHAFIZ, 2. umarul HAFIZ, 3. HAFIZuddin dan 4. HAfiz. hahahaha. aku rasa memang jodohlah mereka ini. dia ini berasal dari kelantan. kalau sudah datang dari kelantan jangan disangkallah ibadatnya kerana memang dia menjaga solat dia. kalau maghrib dia akan ke surau. budaknya jenis yang skema. boleh kata muka dia macam budak baru mimpi basah. bukan hendak kutuklah akan tetapi kenyataan. walaupun dia ibadat dia cantik akan tetapi perangai dia tidak molek. sifat dia yang terlalu mesra membuat aku tidak senang bila dia berada sekitar. dan paling aku tidak gemar bila dia duduk di atas katil aku. HUH.
baiklah sampai di sini sahaja celoteh aku pasal budak-budak baru yang malang ke Kolej Unikop yang tercinta ini. jikalau berkesempatan dan panjang umur, aku tulis lagi yea..?
aku akhiri dengan tingkatkan prestasi jangan buat kontroversi..
Assalamualaikum. :D