baiklah. berbalik kepada tajuk asal tadi iaitu, aku pergi fitness center. maaflah kerna tidak memperbaharui blog ini. seminggu aku menghabiskan masa disana. cerita bermula apabila seorang kawan aku iaitu Nurul Afifah meletakkan nama aku di dalam borang pusat kecergasan itu. aku membuat pendaftaran pada hari sabtu yang lepas dan memulakan latihan pada hari isnin. eyh, lupa pula hendak menyatakan pusat kecergasan itu. nama tempat itu ialah Celebrity Fitness.

hari pertama aku di situ, aku diperkenalkan seorang jurulatih peribadi yang bernama Faris. aku didedahkan dengan 'jentera-jentera' yang bakal membuat badan aku ini menjadi tegap dan kacak. hehe. aku ke sana apabila selesai sahaja kelas aku pada hari itu. jam ditangan menunjukkan jam 7. aku da sampai. bermulalah latihan aku untuk hari ini. daripada satu mesin ke satu mesin aku mencuba, dari hujung kepala hingga hujung kaki. penat juga laaa.. seterusnya kita ke hari kedua pula. hari kedua aku diajari bermain boxing. wah, tidak terlintas difikiran aku untuk mempelajari boxing ini. di dalam kotak pemikiran aku terlintas sesuatu, "bolehkah aku main benda ini??" mana tidaknya, aku mengaku yang aku ini tidaklah besar mana mempelajari benda ini. akan tetapi peluang ini cuma datang sekali sahaja jadi tidak aku lepaskan peluang ini. untuk hari ketiga, masih sama seperti samalam cuma ditambah dengan sedikit ilmu Muay Thai.

untuk hari keempat dan kelima, aku membuat latihan aku dengan sendiri sahaja kerna tiada lagi jurulatih peribadi. mereka hanya memberi tempoh tiga hari sahaja. oleh kerana itu, untuk hari keempat aku 'membuat' badan. maksudnya disini ialah membina otot-otot yang berada dibadan aku ini. badan aku ini terlalu kecil jadi rasa seperti hendak mahu besarkan sedikit badan ini. barulah bertambah kacak dan macho. hehe. mari kita teruskan untuk hari yang terakhir iaitu hari kelima. pada mulanya aku tidak merancangkan untuk menamatkan latihan pada hari ini kerna aku masih mempunyai baki dua hari lagi akan tetapi pada hujungminggu ini aku mempunyai pelbagai aktiviti yang tidak boleh berdalih lagi. untuk hari penghabisan, aku melakukan semua jenis senaman daripada hujung kepala hingga hujung kaki kelinking.

baiklah, sampai disini sahaja yang dapat aku berceloteh untuk sesi kali ini. mungkin selepas ini aku akan kerap memperbaharui blog ini dan sentiasalah mengikuti perkembangan aku yang tidak seberapa kembang ini. hehe. terima kasih kerna meluangkan masa membaca. sekian...
heeee great! nak g fitness jugakkk!
ReplyDeleteboley2.. tp sharifah nk g fitness nk wat pe?? kn ahrifah da ckup cntik ptongan bdannya.. hehe. best taw tmpat die.. cool gler.
ReplyDelete