Sunday, July 31, 2011

Ramadhan coming again!! :D

Assalamualaikumm semua pembaca.. nampaknya blog aku ini masih hidup. rasanya sudah lama aku tidak memuat naik cerita-cerita baru bukan? haha. masih tidak dapat berubahlah. seronok aku membaca mereka yang gemar memuat naik cerita-cerita baru mereka. sungguh berwarna-warni. ada yang sedih, ada yang ketawa terbahak-bahak ketika aku membacanya. cemburu rasanya owhh.. itulah aku, bila mahu ada memuat naik cerita ada sahaja alasan. hehe..(kantoi salah sndiri)

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerna diberi peluang sekali untuk merasai bulan ramadhan yang penuh dengan berakah dan berkat ini. mungkin ramadhan yang lepas sudah kita abaikan begitu sahaja. marilah kita untuk ramadhan kali ini kita buat bersungguh-sungguh demi medapat apa ganjarannya didalam bulan ini. seperti kita semua maklum, kita ini sudah berada di akhir zaman. bila lagi masa untuk mengumpul pahala untuk dihisab ketika di hari pengadilan nanti. mereka yang bertakwa dan taat kepada Allah sedang melompat keriangan kerana kehadiran bulan ramadhan sekali lagi.

Untuk aku pula, aku berazam untuk membuat yang terbaik untuk ramadhan kali ini. ramadhan yang lepas telah aku lepaskan begitu sahaja. aku menyesal. bulan puasa kali ini amat bermakna untuk aku kerana aku tidak lagi berpuasa seorangan. dengan hadirnya jantung hati yang tersayang membuat aku lagi bersemangat untuk ramadhan kali. dan apabila tiba sahaja detik 14 ramadhan, genaplah perhubungan aku dengan jantung hati, NURUL SHAFIENA. Alhamdulillah dan bersyukur aku kepada aku dipanjangkan perhubung kami berdua.

Baiklah semua, sampai disini sahaja entry kali ini.

SELAMAT BERPUASA SEMUA !


Wednesday, July 13, 2011

Sabtu>>Cuti>>Melaka..!!

Pertama kalinya aku pergi ke suatu tempat yang jauh dengan sendirinya. sebelum ini bersama ibubapa dan kelab-kelab sahaja. terujanya aku. aku akan ke Melaka bersama kawan-kawan aku. Alamak terlupa, Assalamualaikum semua. hehe. Maafkan aku. Maklumlah hendak pergi bercuti, siapa tidak teruja. tambahan pula dengan kawan-kawan pula.

Maafkan aku kerana 15 hari tiada entry dari blog aku. maafkan kepada followers (padahal bknnye ad pon yg bace blog ko pon) yang tertunggu-tunggu cerita diri ini. bukan nk kata malas tapi entahlah. sepanjang 15 hari yang penuh liku-liku itu terdapat pelbagai cerita yang menarik dan menolak. doakan aku semua agar lebih kerapkan jari ini menulis blog untuk tatapan kamu semua. amin.

Aku cuba masukkan sedikit sebanyak apa saki-baki memori yang teringat dalam kotak otak aku ini. Haa..! yang paling aku ingat ialah aku bergaduh dan berkelahi lagi dengan sahabat baik aku, Nur Fatihatul Hanni Mohammad Ali. kali ini aku mengaku ianya berlaku kerana salah aku. aku yang lupa akan dirinya. aku terlupa, terleka dan lalai dengan sahabat baru. pasti kamu semua tahu bukan yang aku tidak lagi satu kelas dengan dirinya lagi? aku sudah bertukar kelas dan apabila bertukar kelas pasti akan ada kawan baru bukan? ya, memang ramai kawan baru yang aku kenali. Antaranya ialah Nurul Yunise Rabieqa, Megat Fazurin, Hana Tiqah dan ramai lagi. seperti biasalah bila baru berkenalan pasti akan kita meluangkan lebih sedikit masa dengan mereka untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam. aku bukan sengaja untuk menyakiti kau Hanni. sekali lagi aku berkata ianya salah aku. akan tetapi aku mempunyai alasan sendiri kenapa aku berbuat demikian. Alhamdulillah, peperangan dingin kami tidak lama. kami kembali bersama ( mksudnye kawan balik laa.. jgn mcm2 taw). kami berbincang dan hanni memberi peluang kedua kepada aku dan aku akan jaga peluang itu.

baiklah itu sahaja untuk entry kali ini. maafkan aku kerna ianya masih tidak menarik perhatian kamu semua lagi. jumpa lagi di entry yang akan datang dan berharap lebih menarik. Layaann..