Maafkan aku kerana 15 hari tiada entry dari blog aku. maafkan kepada followers (padahal bknnye ad pon yg bace blog ko pon) yang tertunggu-tunggu cerita diri ini. bukan nk kata malas tapi entahlah. sepanjang 15 hari yang penuh liku-liku itu terdapat pelbagai cerita yang menarik dan menolak. doakan aku semua agar lebih kerapkan jari ini menulis blog untuk tatapan kamu semua. amin.
Aku cuba masukkan sedikit sebanyak apa saki-baki memori yang teringat dalam kotak otak aku ini. Haa..! yang paling aku ingat ialah aku bergaduh dan berkelahi lagi dengan sahabat baik aku, Nur Fatihatul Hanni Mohammad Ali. kali ini aku mengaku ianya berlaku kerana salah aku. aku yang lupa akan dirinya. aku terlupa, terleka dan lalai dengan sahabat baru. pasti kamu semua tahu bukan yang aku tidak lagi satu kelas dengan dirinya lagi? aku sudah bertukar kelas dan apabila bertukar kelas pasti akan ada kawan baru bukan? ya, memang ramai kawan baru yang aku kenali. Antaranya ialah Nurul Yunise Rabieqa, Megat Fazurin, Hana Tiqah dan ramai lagi. seperti biasalah bila baru berkenalan pasti akan kita meluangkan lebih sedikit masa dengan mereka untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam. aku bukan sengaja untuk menyakiti kau Hanni. sekali lagi aku berkata ianya salah aku. akan tetapi aku mempunyai alasan sendiri kenapa aku berbuat demikian. Alhamdulillah, peperangan dingin kami tidak lama. kami kembali bersama ( mksudnye kawan balik laa.. jgn mcm2 taw). kami berbincang dan hanni memberi peluang kedua kepada aku dan aku akan jaga peluang itu.
baiklah itu sahaja untuk entry kali ini. maafkan aku kerna ianya masih tidak menarik perhatian kamu semua lagi. jumpa lagi di entry yang akan datang dan berharap lebih menarik. Layaann..
No comments:
Post a Comment