APA?? sudah habis? oohhh man.. but yyeeeaaarrgghh..!!
Tamat sudah untuk cerita OM2A yang penuh deng
an warna-warni di semester 2 ini. tepat sahaja jam didinding dewan menunjukkan pukul 4.15 maka berakhirlah peperiksan untuk subjek BBM110 dan sekali gus melambangkan berakhirnya semester 2 untuk budak-budak OM. walaupun masih ada yang sakit-sakit badan kerna tertekan akan peperiksaan ini mereka mampu untuk tersenyum apabila keluar sahaja dari dewan peperiksaan. tidak terkecuali aku.
Untuk segmen kali ini, aku akan mencerita sedik
it sebanyak tentang hidup aku di semester 2 ini bersama OM2A. macam-macam perkara yang berlaku di dalam kelas ini. oh ya, aku lupa untuk menerangkan maksud OM2A, OM2A ialah nama kel
as aku. terdapat ukiran senyuman, titisan air mata, kelantangan tawa girang, muram masam, keluhan penat, letusan marah, pudar kesedihan dan banyak lagi didalam OM2A semester ini. percaya atau tidak kami berjaya mengharunginya semu
a emosi ini dengan harmoninya antara kami semua.
Pada permulaannya, sungguh tidak aku sangka yang aku kekal di kelas A. ini kerana pada semester lepas aku di OM1A. paling aku tidak menyangka ialah aku tiada pengulangan subjek. Alhamdulillah. aku bersyukur sangat kerana ramai antara k
awan-kawan aku terdapat pengulangan subjek. ini juga
antara sebab antara aku masih di kelas A. mereka memisahkan kami dengan mereka yang terdapat pengulangan subjek. jadi kelas OM2A semester ialah baru. maksud baru disini ialah ahli-ahli yang baru, suasana yang baru dan tekanan yang baru yang lebih teruk. ini kerana mereka memandang kelas OM2A ini ialah kelas yang ge
mpak. akan tetapi percayalah kami tidak sehebat mana pun. aku merasaka
n yang aku tidak berada didalamnya pada awalnya. kerana kawan-kawan yang baru didalam semua itu terdiri mereka yang hebat-hebat dan ada yang diantara mereka mempunyai anugerah dekan.
hari pertama dikelas OM2A aku terasa macam berat sahaja kaki ini nk melangkah masuk ke dalam kelas itu. bukan tidak pernah berada di dala
m kelas
no. 1 sebelum ini cuma kali ketakutannya lain sedikit. walau takut macam mana pun aku kena paksa untuk melangkah. orang kata tidak salah m
encuba sesuatu yang baru, jadi aku tempuh jua. untuk minggu pertama aku didalam kelas itu aku seperti tidak bersemangat se
perti kehilangan sesuatu. sebenarnya aku menunggu kepulangan sahabat baik (merangkap P.A.) aku pulang dari Uzbekistan. NurFatihatulHanni nama dia.
untuk semester kali ini lebih pendek daripada biasa. ini kerana UiTM ingin menyelaraskan semua kolej bersekutu mereka. jadi kami pun terke
na tempiasnya. cuma 4 bulan sahaja untuk semester kali ini. sudahlah dengan subjek baru-baru semua. cubalah anda bayangkan 4 bulan untuk menghabiskan 7 subjek beserta kerja-kerja kursus atau assignment yang menimbun. HUH. tapi kami semua berjaya menempuhnya, ini menunjukkan jikalau kelas lain mampu buat OM2A
buat yang terbaik.
Hari berganti hari, minggu bertukar minggu dan bula
n beralih bulan hubungan kami sesama didalam kelas itu menjadi rapat dan mengambil berat antara satu sama lain. tidak terlepas aku juga. semester ini aku mendapat ramai kawan baru antaranya ialah Nadia Khan (NK), Bam, Sery, Syasya, Wardah, Imah, Nana, Ezwan, Rizal, Saffalizanur (kenji), Tasya, Nadia, Muliana, Fatin, Zeera
, Ezzaty dan dari mereka juga aku dapat mengenali kawan mereka. jujur aku cakap yang aku takut d
engan mereka semua ini kerna mereka yang memasuki kelas ini adalah yang terbaik. aku umpana semut yang kecil sahaja, takut. tapi sang
kaan aku tersasar jauh, mereka tidak seperti yang aku bayangkan. semua baik-baik belaka. pepatah orang putih ada menyebut don't judge a book buy it cover dan untuk orang melayu pula tidak kenal maka tidak cinta. ternyata betul tahu.
Pejam celik pejam celik sudah 4 bulan kami bersama mengharungi pelbagai warna-warni di OM2A. akan tetapi hubungan yang baru dibina bakal dirobek apabila semester 3 nanti pasti ada yang tidak akan menetap dikelas ini lagi. itu la kehidupan. kita tidak boleh lari dari norma hidup manusia ini iaitu bertemu dan berpisah oleh itu tabahkanlah kawan-kawanku.
Disini aku lampirkan beberapa gambar kenangan aku bersama OM2A. seronok tahu bersama mereka-mereka ini....

kami enjoyed bersama..!

hero2 di OM2A.. kacakkan semunya..??

penyeri-penyeri di OM2A.. cantik semua.. SUMPAH!

sedikit kenangan bersama bidadari OM2A..
baiklah sampai disini sahaja celoteh aku untuk kali ini.. aku berharap yang aku dapat bersama dengan mereka lagi untuk semester yang akan datang. amin. terima kasih semua.