kenapa kamu boleh berfikiran sebegitu? kamu ingat aku ini sebagaimana yang kamu sangkalkan? oh tidak. jauh meleset dari kotak pemikiran kamu.
Aku mempunyai seorang sahabat yang sangat aku sayang. selalu bersamanya. tidak kira masa. adakalanya satu hari suntuk aku bersama dia. segala masalah aku dan kerunsingan aku, dia yang redakan. aku selalu ikut ke mana sahaja yang dia pergi walaupun dia memaksa aku untuk jangan ikut. aku tidak pernah merungut, aku tidak pernah penat, aku tidak pernah menolak segala larangannya(menguap tutup mulut coz muka buruk giler, sendawa biar slow2 kalo x bunyi lg bagos coz suara mcm katak), aku sentiasa mendengar cerita-ceritanya tanpa rasa bosan, aku tidak pernah tidak membalas semua mesej yang dia hantar kepada aku melainkan tiada kredit(tp rasenye x pnah x balas), aku tidak pernah berkira dengannya dan aku akan sentiasa akan menjawab dan melayan semua panggilan telefon darinya walaupun pagi-pagi buta.
aku telah membuatkan kamu salah seorang yang terpenting dalam hidup aku. bagaimana pula bagi aku untuk melupakan seseorang yang penting dalam hidup kita? bagi yang sedang membaca, pasti sukar untuk melupakan yang penting dalam hidup kita walaupun ianya sudah pergi selamanya betul tidak? inikan pula yang selalu bersama kita untuk dilupakan. nonsense. aku tidak pasti kenapa kamu boleh membuat satu andaian yang menyatakan yang aku tidak perlukan kamu lagi dan melupakan kamu? kamu menggunakan kenalan baru aku sebagai bukti kukuh untuk melupakan kamu? kamu ingat yang aku ini jenis yang memilih kawan? mahu kawan yang cantik-cantik, kaya-kaya dan terkenal. ITU BUKAN AKU!
Aku ingin mengingatkan kamu untuk kali terakhir, walau apa pun yang terjadi, yang telah jadi dan akan terjadi kamu tetap sahabat dan orang yang penting didalam hidup aku sehingga jasad ini kehilangan roh didalamnya. dan jikalau diizinkan ALLAH, kita akan bertemu di alam Syurga sebagai sahabat abadi aku. aku akan cuba perbaiki apa yang telah berlaku sekarang ini.
Aku sayang kamu!
NOKTAH.
what happen doeeeee?
ReplyDeleteini yg diktakn yg kawan smpai bebla..
ReplyDeleteNadia: notink laa. just salah faham..
ReplyDeleteIeqa: aq kawan dengan sesiapa sahaja smpai bila2 dan kiranya kawan itu mahu membuang aq aq tidak kesah kerna itu bukan aq. aq sayang semua yang berkawan dengan aq. siapa aq ini tanpa ko, NK, bob, hanni dan lain2.