Thursday, April 14, 2011

dompet :(

Dompet aku hilang! pada suatu hari, sang kancil datang ke rumah sambil membawa buah dari hutan. maaf ini bukan ceritanya. hehe. akhirnya dapat juga aku memperbaharui blog aku ini. asyik membaca orang lain punya sahaja. bukan hendak kata sibuk atau tidak punya waktu akan tetapi kemalasan diri untuk menaip itu membuak-buak ditambah pula dengan masalah wi-fi di UNIKOP ini. pernah sebelumm ini aku sudah siap satu blog baru tiba-tiba ada seseorang tertutup suis soket komputer aku ini. terus terpadam. alamak, jauh sangat mukadimahnya ini. baiklah kembali ke tajuk asal.. (mood sedih kembali)

pada hari isnin yang lepas, hari isnin yang seperti biasa, ada kelas BEL 260 pada pagi itu dan satu-satunya kelas pada hari itu. semasa aku sedang bersiap sebelum ke kelas BEL, aku teringat tentang sesi fotografi yang hendak di buat oleh MISS IKA. tapi masih was-was kerna ada yang mengatakan pada hari selasa, eyh bukan hari khamis pula. jadi aku keliru. makanya aku pakai sahaja yang kemas-kemas untuk hari itu. aku mengenakan baju kemeja merah jambu, seluar jean dan bleizer(maaf x reti spell la). sejurus sahaja aku sampai dihadapan pintu kelas, semua rakan-rakan kelas aku keluar sambil berbual-bual nipis dan aku mendengar ianya berbicara tentang MISS IKA cuti pada hari ini. aku terkejut dan pada masa yang sama senyum sudah terukir dibibir manis aku ini. :D

kemudian apabila sudah mengatahui yang kelas dibatalkan, aku pun mengenakan langkah kanan untuk pulang ke hostel. apabila turun sahaja tangga ada orang mempelawa aku dan rakan-rakan kelas aku untuk menjadi pelakon tambahan untuk drama mereka. pada mulanya perasaan teruja menguasai diri. kemudian lama-kelamaan menjadi bosan dan penat kerna hendak menunggu scene-scene pelakon utama habis. disebabkan itu ramai 'pelakon-pelakon tambahan' pulang dan meninggalkan lokasi. aku masih disana. yang tinggal hanya beberapa orang sahaja yang masih commitment untuk drama MAMA.. MAAFKAN SAYA. drama ini akan ditayangkan pada HARI IBU di TV9. pukul berapa tayangannya masih tidak dikhabarkan lagi. TONTONlah... hehe.

hhmm.. dompet aku. oleh kerana terlalu sibuk sangat dengan lakoanan yang hanya menunjukkan muka sahaja aku lupa akan barang peribadi aku sendiri. hendak dipendekkan cerita, pada malam sebelah malamnya pada hari itu terdapat pasar malam. masa rehat yang diberi untuk malam itu aku gunakannya dengan ke sana. aku pergi bersama HANNI dan HERni. niat aku pada malam ini ialah untuk membeli burger yang harga RM1. memang nampak murah tapi sedap. apabila sampai sahaja dihadapan kedai burger itu, aku dapati dompet aku tiada didalam beg sandang aku. aku mula mengelabah dan peluh mula menitis satu persatu dari dahi aku. aku tidak menunggu lama. aku terus ke tempat-tempat yang telah aku jejaki. nyata usaha aku tidak membuahkan hasil. aku kembali berjumpa HANI dan aku terduduk mengenangkan nasib dan masalah yang hendak aku kendalikan selepas ini.

dompet itu aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri. itu dompet pertama aku yang beli sendiri. sebelum ini aku hanya memakai dompet yang ibu beri kepada aku sahaja. ada yang berjanama AVON dan lain-lain lagi. tetapi aku tidak malu memakai dompet yang ibu beri kepada aku malah aku seronok lagi adalah kerna itu pemberiaan dari ibu. dompet yang aku beli ini, aku dapatinya di Dataran Pahlawan, Melaka. jauh tahu hendak mendapatkannya. kemudian harganya juga 'cantik' seperti barangnya. RM70 utnuk mendapatkannya. bentuk fizikalnya, macam dompet perempuan yang jenis panjang. jangan tanya kenapa kerna aku memang suka akan seperti itu. warnanya hitan dan terdapat beberapa ungkapan SEPANYOL di dalamnya.

AKU SUKA SANGAT. segala-galanya aku letak di dalamnya daripada resit pembelian hinggakan wang ringgit dan kad pengenalan aku. yang paling aku terasa apabila kehilangan dompat aku ini ialah kad pengenalan aku(sebab time aku amik i.c. nie, muka aku nmpak ensem. hehe), kad ahli DERRICK & TEAM( saloon rambut aku. kalo ilang nie x dpt diskaon lg laa), duit 1 Riyal pemberian AYAH CIK aku(die kata kalo simpan duit tu, dompet ko xkn kosong. ternyata betul), pendrive HANNI(aku betul2 minx maaf hanni a.k.a adek aq.. nnt kalo ad rezeki lebih aq akan gantikn yang baru untuk ko. maaf.), kad pelajar aku dan semua resit yang kat dalam itu. bersemadilah semua dengan tenang. diri ini benar-benar merindui kalian semua.

keesokannya apabila selesai sahaja kelas pada pagi itu, kami semua menuju ke kedai untuk medapat sarapan pada pagi ini. sampai sahaja di kedai itu, aku seperti biasa akan meletak telefon bimbit aku diatas dompet aku dan pada hari itu dompet aku tiada. aku merasakan kehilangannya. aku terpaku dan kalu kemudian mata aku mula mengaca dan hampir mengalir. tetapi yang sudah pergi itu biarkan ia pergi, kita ini mesti teruskan hidup perjalanan ini.....



maaf. aku tidak dapat teruskan kerna terlalu sedih dan rindu..

No comments:

Post a Comment