Saturday, April 2, 2011

kawan-rakan-sahabat.


Assalamualaikum. maafkan aku kerna masih tidak dapat mengerapkan lagi diri untuk mengemas kini blog ini. hendak kata sibuk diri ini sibuk tidaklah tetapi mungkin penat dengan aktiviti seharian yang penuh mungkin. hehe. buat masa ini aku sedang menonton perlawanan Manchester United menentang West Ham United. Keputusan sekarang ini ialah 1-2. aku harap M.U dapat merapatkan jurang mereka dan sekali gus menang perlawanan ini. cukup. bukan ini yang aku hendak berceloteh untuk sesi kali ini, akan tetapi tentang tajuk yang di atas itu.

baiklah aku hendak tanya kamu semua sesuatu, apa yang kamu semua paham maksud kawan, rakan dan sahabat?? dan apakah perbezaan antara mereka-mereka ini?? ini diskribsi seorang hamba allah yang aku temui di dalam google yang cari sebentar tadi, "kawan bukan satu tapi berjuta, bukan untuk digunakan tapi untuk dijaga, bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi, bukan untuk sementara tapi untuk selamanya, bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati, bukan untuk ditinggalkan tapi untuk dirindui, bukan hanya disini tapi dimana-mana dan bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa.." Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan aku dan aku mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. aku selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan aku.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, aku ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya aku boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas aku, aku boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, aku bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, aku dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan. itu untuk rakan. mari kita melihat sahabat pula.

Ini pula definisi sahabat,"Sahabat adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu apabila aku berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan aku. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban. Mereka akan sentiasa melindungi aku.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan aku, tetapi akan sentiasa ada apabila aku memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan aku berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi aku.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama aku.

Dan pada masa yang sama, kita juga mestilah bercirikan 'sahabat' kepada sahabat kita.

Ya... persahabatan yang baik adalah saling setiakawan, saling bantu membantu, saling meredakan kesedihan antara satu sama lain, saling berjuang, saling melindungi dan lain-lain ,oleh itu cuba cari ciri-ciri yang boleh dijadikan semuanya seperti di atas.Wallahuaalam.

Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri aku, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada aku, dan aku juga begitu."

kenyataan-kenyataan mungkin ada betulnya dan mungkin tidak. mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa aku memilih tajuk ini untuk sesi kali ini bukan?? ya, ada sebabnya. baru-baru ini, aku mempunyai sedikit masalah tentang isu ini. bukan apa, mungkin aku keliru dengan diri aku sendiri. adakalanya apa bila kita terlalu sayang akan sesuatu, pasti sukar untuk kita melepaskan dan melupakannya tambahan pula bila ianya selalu di depan mata kita. mungkin kamu semua masih samar-samar lagi apa yang aku cuba sampaikan di sini. aku tetap akan masih berkias lagi. aku tidak akan menerus nerang. biar kefahaman jiwa memberi jawapan hati menanyanya.

aku sendiri bingung akan diri ini. antara sahabat, rakan dan kawan yang manakah yang kita dahulukan?? individu yang bagaimana hendak kita kelaskan antara kawan, rakan dan sahabat? pernah anda membuat satu senarai nama yang mempunyai kesemua nama-nama mereka yang anda pernah mengenali dan kelaskan satu persatunya. pasti tidak pernah bukan? dan andai kata pernah pun saya boleh jamin yang pasti yang akan terasa dan makan hati. cuma hati dan minda sahaja yang boleh membezakannya. jujur di sini aku ingin memberitahu yang aku lebih selesa berkawan dengan kaum hawa kerna apabila aku bersama mereka ternyata kotak pemikiran aku lebih terbuka luas. bukan hendak mengata yang lelaki ini terlalu sempit pemikiran mereka. tapi tahukah anda lelaki mampu membuat keputusan yang lebih baik daripada perempuan??

saarrrgghhhhh....!! aku tidak tahu apa yang sedang bermain di dalam pemikiran ini. maafkan aku kerna tidak dapat menghabiskannya. ini mungkin salah aku sendiri kerna telah melewati apa yang sepatutnya tidak melebihi garisan belahan. aku berdosa. aku tidak berguna. apa kena dengan aku ini?? maaf. aku terpaksa menghentikannya sekarang.

Noktah.

2 comments:

  1. talk about kwan... actually entry blog "perubahan" ade kne mngena ngn kawan... bnde tu jdik xsmpai 5 mnit... i just bergrau.. but she take seriously.. ermm i dh mnx maaf.. wat lawak bodo... but then she still xle time.. dy diam... then dy kua buang smph.. then bnde yg wat i mnges buat kali kedua hari tu.. dy hmpas pntu skuat2nya.. blk i btol2 dpn pntu... u bole bygkn ape i rse??? i xpna org kasar smpai cmtu... hmmm.. on tht day ptg tu i dh down giller... i dpt bad news.. but i kuat kn dr..i gelak.. i mkan.. i lupekn mslh2 lain yg tmpa dr i berturut2.... i xde org lain i harap nk hepy kn i.. yes.. mmg yg lain tu ade.. but dy lain.. dy "sahabat" i.... BFF... but then.. skrg dy xde... dy TAK DE KAT CC I !!!! hermm ter over lak.... org xknl bckground i cmne... xtaw pe i lalui.. bkn nk ckp yg i sorg je yg lain... but bl i dgr kisah2 diorg.. i taw i mmg lain dr diorg.. smpai bile2 pon i lain dr diorg...

    ReplyDelete
  2. apsal smpai camtu skali?? besaq sgt ke salah u kat die?? i boley bayangkn rase cmne di hempas pintu. sgt sakeet.. jatuh basikal pon x sket sgt.. setuju x?? i know u such a strong gurl.. keep it but if u cant take it anymore, let GOD help u.. insyaallah.

    ReplyDelete