Friday, April 15, 2011

sekarang ini -MARAH-

betul. sekarang ini aku sedang marah dengan seseorang eyh bukan-bukan tapi dengan dua orang. aku sebenarnya jarang memperlihatkan kemarahan aku di dalam laman social ini. tidak kira facebook mahupun blogger. untuk pengatahuan pembaca, diri ini bukanlah seorang yang panas baran tetapi orang penuh dengan kesabaran walaupun apa yang berlaku. akan tetapi, sampai bila kesabaran itu hendak disimpan?? mahu disimpan sehingga ia menjadi sebuah dendam?? sedangkan junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah memarahi seseorang inikan pula kita, insan yang serba kekurangan.

situasi pertama. kamu semua bayangkan, kamu sedang baring sambil menelefon di dalam sebuah bilik orang lain kemudian datang seorang rakan serumah kamu terus menghalau kamu dari bilik itu. padahal bilik itu bukan miliknya. tuan punya bilik pun memahami keadaan. atas dasar hormat dan tidak mahu ada perbalahan, aku mengalah. tapi sampai bila hendak menglah sahaja? jujur aku cakap dimana aku amat terasa apabila rakan serumah aku itu melakukan demikian.

situasi kedua. selesai sahaja aku menelefon orang yang tersayang, Nurul Shafiena, aku terus menuju ke dalam bilik dan berniat untuk online sebentar. aku terlupa, shidy sedang layan wayang di dalam komputer riba yang serba comel itu. jadi, aku biarkan dia menghabiskan dahulu ceritanya dahulu. aku menunngu sehingga tertidur aku dibuatnya. apabila aku sedar, aku lihat komputer riba aku sudah tutup dan semua didalamnya juga sudah dipadam olehnya. tidak mengapalah. hasrat dihati masih ingin online juga, tetapi mata agak berat sedikit laa. tidur la sebentar. tidur didak sampai 10 minit, komputer riba aku hilang. aku terus tanya shidy, mananya komputer aku berada.. tiba-tiba ada suara dari luar bilik datang yang berkata "ada kat ak ni haa.." aku sudah sedang marah pasal tadi kemudian datang lagi satu punca kemarahan iaitu menggunakan barang aku tanpa kebenaran. tiba-tiba orang meminjam itu bersuara, "aku ingat ko da tido, jadi aku amik la dulu." panas tidak panaslah hati yang mendengarnya.

aarrrrggggghhhhhh.....!! geram la aku. aku tidak peduli andai kata orang yang maksudkan itu baca post kali ini. aku mahu dia tahu. ingat dia besar sangat. ingat sudah berjaya bercampur dengan kumpulan senior, cukup kurang ajarlah untuk mengajar orang.

sudah. sampai disini sahaja. maafkan aku wahai kawanku. aku marah.

noktah.

3 comments:

  1. fiena: ala.. jgan la mara2,, nti cpat tua.. *_*

    ReplyDelete
  2. biar la syg.. mara pon x bley simpan lama2.. nnt jd dendam.. dendam lg terukkn? kn? :D

    ReplyDelete