Monday, September 12, 2011
Sunday, August 21, 2011
Shoopinkk Raya..!


Friday, August 19, 2011
raya lagi.. hmm :(

Friday, August 12, 2011
Malas!
debat sesi ke 2!!
Monday, August 1, 2011
Pendek sAHAja.. :D
Sunday, July 31, 2011
Ramadhan coming again!! :D
Wednesday, July 13, 2011
Sabtu>>Cuti>>Melaka..!!
Tuesday, June 28, 2011
petang..
Saturday, June 18, 2011
Nukilan dr Shafieqa.
Tuesday, June 14, 2011
lemah !!
Thursday, June 9, 2011
selamat datang budak baru dalam bilik aku!!
Thursday, June 2, 2011
lamalah tidak update.
Thursday, May 19, 2011
Kembalilah sahabatku.. :(
Sunday, May 15, 2011
Itinerary Unikop-Melaka-Umah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog kali ini adalah laporan penuh dari blog yang sebelum ini. Blog sebelum ini aku ada menyatakan sedikit preview tentang apa yang aku ingin kongsikan entry kali ini.
Seperti yang anda semua ketahui , baru-baru ini aku baru sahaja menyertai suatu pertandingan anjuran Universiti institut Teknologi Mara (UiTM) iaitu Sukan Antara Kolej Bersekutu UiTM (SUKOB). Acara ini berlangsung selama 4 hari. SUKOB akli ini diadakan di UiTM cawangan Melaka di Lendu, Alor Gajah. Sebanyak 17 buah kolej yang mengambil bahagian kali ini. Antaranya IKIP, KPTM KL, KPTM Bangi, INSTEDT, UCSA dan bnyak lagi. Untuk musim kali ini saingan amat sukar kerna hampir semua menunjukkan kebolehan masing-masing.
Baiklah, sekarang ini kita meniti perjalanan latihan aku sebelum sampai ke Melaka dan pencapaian yang aku perolehi dipengakhirannya. Pada awalnya, aku tidak terlintas pun diruang pemikiran aku untuk mewakili SUKOB dalam bola tampar kerana aku pemilihan bola sepak. Akan tetapi ilmu didada masih kurang jadi aku tidak terpilih. Kecewa menyelubungi diri. Dari saat itu, aku tidak bermain lagi bola sepak dipadang itu. Jadi aku menukar kepada bermain bola tampar. Pada mulanya aku bermain untuk bersahaja-sahaja. Hinggalah seorang kawan aku membuat pukulan spike ke aku dan aku berjaya menyambutnya dengan baik dan sekali gus mengaktifkan kepakaran aku sebagai libero sewaktu zaman persekolah dahulu. Bermula dari detik itu, aku turun setiap petang untuk menjalani latihan sehinggalah masa untuk pemilihan dan sekali lagi aku tidak berjaya menarik minat mereka.
Kadang-kadang itu aku tertanya-tanya apa yang yang tiada pada diriku? Di mana keadilan dalam dunia ini untuk aku menonjolkan kebolehan aku? Sejak dari itu aku hanya turun padang bila aku sudah bosan duduk dalam bilik. Tiba-tiba kejutan datang kepada aku, pada saat itu aku menyangkakan tuhan mendengat doa aku. Alhamdulillah. Seorang budak bola tampar yang juga budak bilik datang kepada aku dan bertanya kepada aku, “adakah kau berminat untuk menjadi ahli kumpulan kami” tanya kawan aku. Betapa girangnya aku mendengar soalan yang keluar mulutnya itu, hanya tuhan sahajalah tahu bertapa gembiranya aku masa itu lalu aku menjawab, “ok. Bilakah aku boleh start training?”. Jawab kawan aku itu, “malam ini turun tahu, pukul 8.30. paham ?”. Terima Kasih Hafizuddin atau lebih dikenali dengan panggilan misai.
Tapi malangnya, pelawaannya datang apabila peperiksaan akhir hampir tiba. Jadi aku cuma turun pada hari pertama sahaja kerna keesokan harinya kertas sudah bermula. Hampir 2 minggu jugalah aku tidak turun untuk menjalani latihan. Tamat sahaja peperiksaan, kami berehat untuk 2 hari dan latihan untuk bola tampar bermula. Latihan aku bermula seawal jam 8 pada sebelah pagi dan 8.30 pada malam hari. Tiap-tiap hari hingga hari pertandingan langsung. Latihan untuk aku berbeza dengan pemain lain kerana permain yang memainkan watak libero ini mempunyai kerja yang istimewa. Disini aku cerita sedikit tentang posisi aku sebagai libero. Libero hanya boleh bermaihn dibahagian belakang sahaja. Dia mengawal semua sudut dibahagian belakang dan tugas paling penting dan utama ialah menyambut bola spike. Oleh kerana itu aku dilatih lebih sakit sedikit daripada mereka yang lain. Sudah banyak bola yang aku ‘cium’, bola yang ‘menyinggah’ di kepala aku dan banyak lagilah. Pada mulanya memang sakit dan rasa ingin menarik diri sahaja akan tetapi cintakan permainan ini aku teruskan.
Latihan diteruskan sehingga sehari sebelum kami bertolak ke Melaka kami berehat untuk menghilangkan penat. Sungai di Ulu Yam menjadi tempat kami menhilangkan penat kami. Untuk aku pula memang saat yang aku nantikan kerna hampir 2 tahun aku tidak sentuh sungai. Kami bertolak ketika matahari berada diatas kepala. Ketika berada disana, kesemua ahli kumpulan menikmati sir sungai yang sejuk, suasananya yang nyaman dan memang tenanglah disana. Macam-macam aksi kelakar yang kami buat disana. Aku gembira.
Tibalah masa untuk kami, kontijen UNIKOP bertolak. Kami bertolak pada pukul 9.15 pagi dan sampai di Lendu pada pukul 11.45. Kami menggunakan 2 buah bas yang membawa pasukan bola sepak, sepak takraw, bola jaring, badminton dan bola tampar lelaki serta perempuan. Kami bertolak dengan dengan semangat ingin menjuarai kesemua permainan dan menjulang nama UNIKOP. Walaupun kami tidak mempunyai kemudahan untuk membuat latihan, tiada jurulatih akan tetapi kami tetap teruskan.
maaf sampai disini dahulu.. teruskan menanti kerne lebih banyak cerita dan gambar-gambar yang akan dimuat naik. terima kasih.
Saturday, May 14, 2011
UiTM lendu..
Saturday, April 30, 2011
RINGGG...!!! Kelas OM2A... TAMAT.




Thursday, April 28, 2011
HANtU.. huuhuuuuuu...!

Monday, April 18, 2011
kenapa???????
Friday, April 15, 2011
sekarang ini -MARAH-
Thursday, April 14, 2011
dompet :(
pada hari isnin yang lepas, hari isnin yang seperti biasa, ada kelas BEL 260 pada pagi itu dan satu-satunya kelas pada hari itu. semasa aku sedang bersiap sebelum ke kelas BEL, aku teringat tentang sesi fotografi yang hendak di buat oleh MISS IKA. tapi masih was-was kerna ada yang mengatakan pada hari selasa, eyh bukan hari khamis pula. jadi aku keliru. makanya aku pakai sahaja yang kemas-kemas untuk hari itu. aku mengenakan baju kemeja merah jambu, seluar jean dan bleizer(maaf x reti spell la). sejurus sahaja aku sampai dihadapan pintu kelas, semua rakan-rakan kelas aku keluar sambil berbual-bual nipis dan aku mendengar ianya berbicara tentang MISS IKA cuti pada hari ini. aku terkejut dan pada masa yang sama senyum sudah terukir dibibir manis aku ini. :D
kemudian apabila sudah mengatahui yang kelas dibatalkan, aku pun mengenakan langkah kanan untuk pulang ke hostel. apabila turun sahaja tangga ada orang mempelawa aku dan rakan-rakan kelas aku untuk menjadi pelakon tambahan untuk drama mereka. pada mulanya perasaan teruja menguasai diri. kemudian lama-kelamaan menjadi bosan dan penat kerna hendak menunggu scene-scene pelakon utama habis. disebabkan itu ramai 'pelakon-pelakon tambahan' pulang dan meninggalkan lokasi. aku masih disana. yang tinggal hanya beberapa orang sahaja yang masih commitment untuk drama MAMA.. MAAFKAN SAYA. drama ini akan ditayangkan pada HARI IBU di TV9. pukul berapa tayangannya masih tidak dikhabarkan lagi. TONTONlah... hehe.
hhmm.. dompet aku. oleh kerana terlalu sibuk sangat dengan lakoanan yang hanya menunjukkan muka sahaja aku lupa akan barang peribadi aku sendiri. hendak dipendekkan cerita, pada malam sebelah malamnya pada hari itu terdapat pasar malam. masa rehat yang diberi untuk malam itu aku gunakannya dengan ke sana. aku pergi bersama HANNI dan HERni. niat aku pada malam ini ialah untuk membeli burger yang harga RM1. memang nampak murah tapi sedap. apabila sampai sahaja dihadapan kedai burger itu, aku dapati dompet aku tiada didalam beg sandang aku. aku mula mengelabah dan peluh mula menitis satu persatu dari dahi aku. aku tidak menunggu lama. aku terus ke tempat-tempat yang telah aku jejaki. nyata usaha aku tidak membuahkan hasil. aku kembali berjumpa HANI dan aku terduduk mengenangkan nasib dan masalah yang hendak aku kendalikan selepas ini.
dompet itu aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri. itu dompet pertama aku yang beli sendiri. sebelum ini aku hanya memakai dompet yang ibu beri kepada aku sahaja. ada yang berjanama AVON dan lain-lain lagi. tetapi aku tidak malu memakai dompet yang ibu beri kepada aku malah aku seronok lagi adalah kerna itu pemberiaan dari ibu. dompet yang aku beli ini, aku dapatinya di Dataran Pahlawan, Melaka. jauh tahu hendak mendapatkannya. kemudian harganya juga 'cantik' seperti barangnya. RM70 utnuk mendapatkannya. bentuk fizikalnya, macam dompet perempuan yang jenis panjang. jangan tanya kenapa kerna aku memang suka akan seperti itu. warnanya hitan dan terdapat beberapa ungkapan SEPANYOL di dalamnya.
AKU SUKA SANGAT. segala-galanya aku letak di dalamnya daripada resit pembelian hinggakan wang ringgit dan kad pengenalan aku. yang paling aku terasa apabila kehilangan dompat aku ini ialah kad pengenalan aku(sebab time aku amik i.c. nie, muka aku nmpak ensem. hehe), kad ahli DERRICK & TEAM( saloon rambut aku. kalo ilang nie x dpt diskaon lg laa), duit 1 Riyal pemberian AYAH CIK aku(die kata kalo simpan duit tu, dompet ko xkn kosong. ternyata betul), pendrive HANNI(aku betul2 minx maaf hanni a.k.a adek aq.. nnt kalo ad rezeki lebih aq akan gantikn yang baru untuk ko. maaf.), kad pelajar aku dan semua resit yang kat dalam itu. bersemadilah semua dengan tenang. diri ini benar-benar merindui kalian semua.
keesokannya apabila selesai sahaja kelas pada pagi itu, kami semua menuju ke kedai untuk medapat sarapan pada pagi ini. sampai sahaja di kedai itu, aku seperti biasa akan meletak telefon bimbit aku diatas dompet aku dan pada hari itu dompet aku tiada. aku merasakan kehilangannya. aku terpaku dan kalu kemudian mata aku mula mengaca dan hampir mengalir. tetapi yang sudah pergi itu biarkan ia pergi, kita ini mesti teruskan hidup perjalanan ini.....

maaf. aku tidak dapat teruskan kerna terlalu sedih dan rindu..
Saturday, April 2, 2011
kawan-rakan-sahabat.

Assalamualaikum. maafkan aku kerna masih tidak dapat mengerapkan lagi diri untuk mengemas kini blog ini. hendak kata sibuk diri ini sibuk tidaklah tetapi mungkin penat dengan aktiviti seharian yang penuh mungkin. hehe. buat masa ini aku sedang menonton perlawanan Manchester United menentang West Ham United. Keputusan sekarang ini ialah 1-2. aku harap M.U dapat merapatkan jurang mereka dan sekali gus menang perlawanan ini. cukup. bukan ini yang aku hendak berceloteh untuk sesi kali ini, akan tetapi tentang tajuk yang di atas itu.
baiklah aku hendak tanya kamu semua sesuatu, apa yang kamu semua paham maksud kawan, rakan dan sahabat?? dan apakah perbezaan antara mereka-mereka ini?? ini diskribsi seorang hamba allah yang aku temui di dalam google yang cari sebentar tadi, "kawan bukan satu tapi berjuta, bukan untuk digunakan tapi untuk dijaga, bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi, bukan untuk sementara tapi untuk selamanya, bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati, bukan untuk ditinggalkan tapi untuk dirindui, bukan hanya disini tapi dimana-mana dan bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa.." Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan aku dan aku mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. aku selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan aku.
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, aku ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya aku boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas aku, aku boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, aku bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, aku dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan. itu untuk rakan. mari kita melihat sahabat pula.
Ini pula definisi sahabat,"Sahabat adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu apabila aku berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan aku. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban. Mereka akan sentiasa melindungi aku.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan aku, tetapi akan sentiasa ada apabila aku memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan aku berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi aku.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama aku.
Dan pada masa yang sama, kita juga mestilah bercirikan 'sahabat' kepada sahabat kita.
Ya... persahabatan yang baik adalah saling setiakawan, saling bantu membantu, saling meredakan kesedihan antara satu sama lain, saling berjuang, saling melindungi dan lain-lain ,oleh itu cuba cari ciri-ciri yang boleh dijadikan semuanya seperti di atas.Wallahuaalam.
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri aku, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada aku, dan aku juga begitu."
kenyataan-kenyataan mungkin ada betulnya dan mungkin tidak. mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa aku memilih tajuk ini untuk sesi kali ini bukan?? ya, ada sebabnya. baru-baru ini, aku mempunyai sedikit masalah tentang isu ini. bukan apa, mungkin aku keliru dengan diri aku sendiri. adakalanya apa bila kita terlalu sayang akan sesuatu, pasti sukar untuk kita melepaskan dan melupakannya tambahan pula bila ianya selalu di depan mata kita. mungkin kamu semua masih samar-samar lagi apa yang aku cuba sampaikan di sini. aku tetap akan masih berkias lagi. aku tidak akan menerus nerang. biar kefahaman jiwa memberi jawapan hati menanyanya.
aku sendiri bingung akan diri ini. antara sahabat, rakan dan kawan yang manakah yang kita dahulukan?? individu yang bagaimana hendak kita kelaskan antara kawan, rakan dan sahabat? pernah anda membuat satu senarai nama yang mempunyai kesemua nama-nama mereka yang anda pernah mengenali dan kelaskan satu persatunya. pasti tidak pernah bukan? dan andai kata pernah pun saya boleh jamin yang pasti yang akan terasa dan makan hati. cuma hati dan minda sahaja yang boleh membezakannya. jujur di sini aku ingin memberitahu yang aku lebih selesa berkawan dengan kaum hawa kerna apabila aku bersama mereka ternyata kotak pemikiran aku lebih terbuka luas. bukan hendak mengata yang lelaki ini terlalu sempit pemikiran mereka. tapi tahukah anda lelaki mampu membuat keputusan yang lebih baik daripada perempuan??
saarrrgghhhhh....!! aku tidak tahu apa yang sedang bermain di dalam pemikiran ini. maafkan aku kerna tidak dapat menghabiskannya. ini mungkin salah aku sendiri kerna telah melewati apa yang sepatutnya tidak melebihi garisan belahan. aku berdosa. aku tidak berguna. apa kena dengan aku ini?? maaf. aku terpaksa menghentikannya sekarang.

Noktah.
Sunday, March 27, 2011
aku g fitness..!
baiklah. berbalik kepada tajuk asal tadi iaitu, aku pergi fitness center. maaflah kerna tidak memperbaharui blog ini. seminggu aku menghabiskan masa disana. cerita bermula apabila seorang kawan aku iaitu Nurul Afifah meletakkan nama aku di dalam borang pusat kecergasan itu. aku membuat pendaftaran pada hari sabtu yang lepas dan memulakan latihan pada hari isnin. eyh, lupa pula hendak menyatakan pusat kecergasan itu. nama tempat itu ialah Celebrity Fitness.

hari pertama aku di situ, aku diperkenalkan seorang jurulatih peribadi yang bernama Faris. aku didedahkan dengan 'jentera-jentera' yang bakal membuat badan aku ini menjadi tegap dan kacak. hehe. aku ke sana apabila selesai sahaja kelas aku pada hari itu. jam ditangan menunjukkan jam 7. aku da sampai. bermulalah latihan aku untuk hari ini. daripada satu mesin ke satu mesin aku mencuba, dari hujung kepala hingga hujung kaki. penat juga laaa.. seterusnya kita ke hari kedua pula. hari kedua aku diajari bermain boxing. wah, tidak terlintas difikiran aku untuk mempelajari boxing ini. di dalam kotak pemikiran aku terlintas sesuatu, "bolehkah aku main benda ini??" mana tidaknya, aku mengaku yang aku ini tidaklah besar mana mempelajari benda ini. akan tetapi peluang ini cuma datang sekali sahaja jadi tidak aku lepaskan peluang ini. untuk hari ketiga, masih sama seperti samalam cuma ditambah dengan sedikit ilmu Muay Thai.

untuk hari keempat dan kelima, aku membuat latihan aku dengan sendiri sahaja kerna tiada lagi jurulatih peribadi. mereka hanya memberi tempoh tiga hari sahaja. oleh kerana itu, untuk hari keempat aku 'membuat' badan. maksudnya disini ialah membina otot-otot yang berada dibadan aku ini. badan aku ini terlalu kecil jadi rasa seperti hendak mahu besarkan sedikit badan ini. barulah bertambah kacak dan macho. hehe. mari kita teruskan untuk hari yang terakhir iaitu hari kelima. pada mulanya aku tidak merancangkan untuk menamatkan latihan pada hari ini kerna aku masih mempunyai baki dua hari lagi akan tetapi pada hujungminggu ini aku mempunyai pelbagai aktiviti yang tidak boleh berdalih lagi. untuk hari penghabisan, aku melakukan semua jenis senaman daripada hujung kepala hingga hujung kaki kelinking.

baiklah, sampai disini sahaja yang dapat aku berceloteh untuk sesi kali ini. mungkin selepas ini aku akan kerap memperbaharui blog ini dan sentiasalah mengikuti perkembangan aku yang tidak seberapa kembang ini. hehe. terima kasih kerna meluangkan masa membaca. sekian...
Saturday, March 19, 2011
19//03//2011
semalam aq ad presentation HpD utk ujian pngucapan awam. aq wat citer psal Ganyang Malaysia. huh, aq ckp kowg masa aq wat bnde nie sebulan lepas, aq x trfikir yg isu nie merupakan suatu isu yg berat. sehari sblom presentation, KenJi dtg kat bilik aq pastu tgk hasil nukilan aq.. pastu die ckp yg nie isu berat dan madam x kasi. aq da bantai cuak. ahhh. peduli apa aq.. yg ap pasti kat sini ialah tajuk BEBaS. faham x bEBAS?? kalo x aq bg makin semut. ehehe. hari jumaat tu dimulakn dengan BoB lepas tu aq.. bedetak jantung nie dowh.. tp alhmdulillah semua brjalan lancar..
komen yg miss x la ok sngat tp ia akn mmbantu utk blajar dr kesilapan.kmudian disusuli dgn prsembahan HANNI nan RIZAL. dua2 bagos.. hopes aq dpt blajar dr dowg tu. syukur da selesai satu masalah..
untuk hari nie pula.. aq keluar dengan kasih hati aq, NURUL SHAfieNA. awal2 pagi lg aq mncangakkn mata utk mandi(benci nk mndi pagi!) then terus siap2 nk gerak. kteowg x kuar jaoh mane pon. TimesSQuare jea. mula2 terus g SELEBRITI FITNESS. g sne carik crik org brnama Hafiz tp x msuk kej lg la plak... so troskn niat utama iaitu g tgk wayang citer meROng MahaWangSa.

wayang brmula pkul 11.50 pagi. aq agak lapar time tu.. jd crik la tmpat utk menyantap. mula2 g mc'D, penoh la plak.. then g Hot Roll, pulak x bukak.. nek menyirap jea.. last2 g food court yg kat tingkat atas skali tu.. fuh!! lengang giler.. so aq pon menganalisa satu2 kdai then mmbuat kputusan utk mkn TOsai dgn teh tarik ais.. aq kongsi nan fifi.
hehe. da lama x pekene..


mkn punyer mkn.. masa menonton da dekat. pnggung yg hndak ditonton kat tingkat 1..
pastu pnggung no.1 plak tu.. seat aq no. D 15. kat tgh2 taw.. fifi plak dduk kat D 14. WE R THE CENTER! HEHE. da lama owhh aq x dduk kat tgh2..maka wayang bermula.. bla..bla..bla..bla..dusshh! dushhh!.. citer pon abis..
sumpah best aq ckp kat kowg.. aq x nk la bukak citer kat sini.. nnt kesian plak blom tgk lg tuu.. semua ad dlm citer tu. aksi, cinta, romantis, sedey, suspen n klakar pon ad taw. rugi la kalo x tgk. hasil anak watan sendiri taw.. aq bngga giler nan KRU production kerna mampu wat citer cmnie.. teruskn usaha mu wahai penggiat seni.
sejurus sahaja abis je citer tu, aq tros ke fitness center tu blek utk brjmpe nan prg yg brnama Hafiz tu. kesian kat fifi, arini die bnyak brjalan. penat muka die aq tgk.. maafkn saya sayang. pas smpai jea kat fitness tu, hafiz tu tros mmberi taklimat pndek utk hari2 berikut aq kat sne nnt. brang2 kat dlm tu mmg besh gler.. dr ujung pale smpai ujung kaki.. tmpat cmtu la idaman aq.. aq hope aq dpt ubah skit fizikal bdan aq nie. niat dlm aty mmg nk tros smbung menyambng jea tp.. kowg bley bayangkn x,, RM137 sebulan..??!! tu utk bulan2.. kalo 1st payment plak kne byar lbih kurang RM 7oo ++..
ad laa mkn masa sjam lebih jugak la die mmbebel kat aq.. nsib baek ad tmpat on9 kat situ. kalo x mkin moncong la fifi aq sowg tu.. pas semua selesai, aq tros blek akn ttp sblom tu. snggah tgk prtandingan skuasy kat TS tu jap.. tp time tu Dato' Nicol Ann David x smpai lg.. just yg ad Azlan Syah tu jea.. bored!
jam kat tgn da mmberi telunjuk pkul 5.30 ptg. akn mmg kne berangkat time tu kerna aq da ckp kat org tua aq yg aq akan smpai kat stesen pkul 6.30.. nsib baek tepat ketika kedatangan aq.. kalo x mesti dowg mara. hehe.. smpai jea kaki kat bilik aq, aq dpti bilik aq brsepah giler.. xpdt tito pon. sgt nantok owhh..
ok laaa. smpai sini sahaja la blog aq arini. next time hope be better blogger.
"bila dua jasad bersatu, maka matilah ia bersama"
assalamualaikum. :D
Wednesday, March 16, 2011
Nurul Shafiena

